Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Tuesday, October 12, 2010

ceramah umum dacs arc TELOK KEMANG akan membongkar satu persatu masaalah negara yg wajib diketahui....



Rakyat Telok Kemang diminta hadir pada program ceramah anjuran dacs arc TELOK KEMANG ini bagi mendapatkan banyak info2 baru yang akan membuatkan mereka rasa terkejut dan tergamam akibat apa yang telah berlaku dalam negara dari sudut ekonominya, pentadbirannya, kepimpinannya dan berbagai bagai lagi maklumat yang akan disalurkan dalam ruang ceramah ini.
penceramah-penceramah yang dibawa adalah mereka yang setiap masa dan setiap saat sentiasa bekerja siang dan malam bagi memperjelaskan kepada rakyat seluruh Malaysia bahawa sesuatu harus dilakukan agar negara ini kembali kepada landasannya yang sebenar.
Ahli Parlimen Shah Alam, YB Ir Khalid Samad adalah satu nama yg sangat sinonim dengan saf2 pimpinan PR dari sudut keterampilannya dan keberaniannnya menentang segala unsur2 penyelewengan dan salah guna kuasa baik dalam parti atau diluar parti. beliau sanggup utk berhadapan dengan sesiapa sahaja selagi beliau yakin apa yang dilakukan itu betul dan tidak melanggar hukum hakam. Beliau juga pernah digantung jawatan dalam parti dek kerana keberanian beliau untuk menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh segelintir pimpinan parti. Bagi pihak UMNO dan BN di Selangor pula, mereka menganggap bahawa beliau adalah umpama singa yang sering kelaparan untuk mencari segala sisa-sisa ketidakadilan dan penyelewengan yang berlaku akibat pemerintahan UMNO sebelum ini di negeri Selangor.  itulah serba sedikit maklumat dan informasi berkaitan ahli Parlimen Shah Alam ini.
Sdra Chegubard yang juga MPP keadilan adalah satu nama yang tdk perlu diperkenalkan lagi kepada semua. ketokohannya memimpin barisan anak muda serta keberanian luar biasanya dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan yang batil itu sentiasa menjadi igauan ngeri buat UMNO dan BN. mereka pernah melabelkan Sdra Chegubard sebagai perisai parti yang ampuh serta senjata peperangan yang sangat  berkesan utk menghapuskan pihak lawan. Nama Chegubard sendiri pernah disebut berkali kali oleh PM Dato Seri Najib Tun Razak kepada DSAI ketika di lobi parlimen agar meminta Sdra Chegubard agar kurang menyerangnya dalam isu Altantuya. Begitulah hebatnya susuk tubuh insan bernama Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard.
Seorang lagi anak muda yang berjiwa besar serta melangkaui jangkauan Ezzam, bahawa suatu hari nnti bahawa anak muda ini  akan meninggalkan perjuangan GERAK adalah Sdra Nazree Yunus. Beliau adalah mantan pengerusi GERAK yang ditubuhkan oleh Ezzam bagi menyampaikan agendanya utk memerangi rasuah suatu ketika dahulu. tetapi apabila Sdra Nazree mula melihat sesuatu kepincangan dan penyelewengan mula merebak ke dalam organisasi mulia ini, maka beliau tanpa berlengah lagi terus meninggalkan GERAK dan bersama dalam saf perjuangan Pakatan Rakyat untuk meneruskan agendanya menghapuskan Rasuah dan Penyelewengan yang berleluasa dalam negara. Itulah Sdra Nazree yunus yang kini juga memegang jawatan kuasa dalam pertubuhan SAMM( solidariti anak muda malaysia)...


DACS ARC TELOK KEMANG
Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Sunday, September 26, 2010

"JOM PEKENE SUP" & gotong royong baiki MTD telok kemang memberi azam baru..

























  BISMILLAHHIROHMANNIRROHIM....
syukur alhamdulillah kerana sekali lagi dgn keizinan darinya dapat lah dacs arc telok kemang melancarkan program anjurannya iaitu " JOM PEKENE SUP" & gotong royong membersih / baiki MTD telok kemang. seperti yang dirancang dalam mesyuarat yang lepas bahawa MTD ini akan dinaik taraf kepada pusat khidmat rakyat parlimen telok kemang. jadi segalanya akan diuruskan oleh PAS Kawasan telok Kemang dgn kerjasama Ahli Parlimen Telok Kemang dalam menggerakkan pusat khidmat rakyat ini untuk kebaikkan masyarakat sekaligus memudahkan rakyat dalam proses mereka untuk mengadu masaalah dan sebagainya. dacs arc mengambil tanggungjawab dalam memudahkan segala urusan khidmat rakyat apabila pusat khidmat rakyat ini disiapkan kelak insyaallah... gotong royong yg bermula jam 0800 pagi semalam sehingga jam 0300 petang itu dihadiri seramai lebih 30 petugas PAS kawasan seluruh port dickson. penyelaras program yang juga pengerusi dacs arc telok kemang, sdra Noor Aiza Baharudin menyatakan kegembiraan kerana melihat sambutan dan sokongan ahli-ahli dan sahabat-sahabat yang datang untuk bersama dalam merealisasikan hasrat dan matlamat parti dalam membentuk jemaah yang produktif dan sensitif hal-hal yang berkaitan dengan khidmat kepada rakyat dan masyarakat. program turut dimeriahkan dengan kehadiran YDP PAS kawasan telok kemang, YBHG Ramli Ismail dan YB Taufik Abd Ghani, Adun Paroi.

 kedua dua pimpinan besar itu memberi kata-kata semangat kepada semua jemaah agar terus bekerja keras dan fokus terhadap gerak kerja dalam memperkenalkan parti islam ini kepada masyarakat. beliau YB Taufik juga menyatakan bahawa beliau dan pasukan nya di Paroi sedia memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana untuk mentadbir pusat khidmat dan menyelaras gerak kerja dalam memantapkan parti dan dacs arc itu sendiri insyaallah..

program diteruskan dengan semua petugas dan sukarelawan dihidangkan dengan makan tengahari dan sup tulang dan daging yang dibuat khas oleh Pak Kassim selaku veteran Pas kawasan Telok Kemang yang juga empunya restoran di batu 9 telok kemang. rata-rata petugas menjamu selera dengan penuh kesyukuran kerana usaha mereka selama ini untuk memartabatkan MTD itu sendiri telah menampakkan hasilnya dan usaha untuk memantapkan pusat khidmat rakyat itu akan diteruskan dengan perlaksanaan program-program yang berterusan demi rakyat...
akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan kerana hadir membantu menyegerakan matlamat untuk menaiktaraf MTD kepada pusat khidmat rakyat sekaligus ianya dapat dimanfaatkan oleh ahli untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat teluk kemang khususnya...
TAKBIR!!!!