Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Sunday, September 26, 2010

"JOM PEKENE SUP" & gotong royong baiki MTD telok kemang memberi azam baru..

























  BISMILLAHHIROHMANNIRROHIM....
syukur alhamdulillah kerana sekali lagi dgn keizinan darinya dapat lah dacs arc telok kemang melancarkan program anjurannya iaitu " JOM PEKENE SUP" & gotong royong membersih / baiki MTD telok kemang. seperti yang dirancang dalam mesyuarat yang lepas bahawa MTD ini akan dinaik taraf kepada pusat khidmat rakyat parlimen telok kemang. jadi segalanya akan diuruskan oleh PAS Kawasan telok Kemang dgn kerjasama Ahli Parlimen Telok Kemang dalam menggerakkan pusat khidmat rakyat ini untuk kebaikkan masyarakat sekaligus memudahkan rakyat dalam proses mereka untuk mengadu masaalah dan sebagainya. dacs arc mengambil tanggungjawab dalam memudahkan segala urusan khidmat rakyat apabila pusat khidmat rakyat ini disiapkan kelak insyaallah... gotong royong yg bermula jam 0800 pagi semalam sehingga jam 0300 petang itu dihadiri seramai lebih 30 petugas PAS kawasan seluruh port dickson. penyelaras program yang juga pengerusi dacs arc telok kemang, sdra Noor Aiza Baharudin menyatakan kegembiraan kerana melihat sambutan dan sokongan ahli-ahli dan sahabat-sahabat yang datang untuk bersama dalam merealisasikan hasrat dan matlamat parti dalam membentuk jemaah yang produktif dan sensitif hal-hal yang berkaitan dengan khidmat kepada rakyat dan masyarakat. program turut dimeriahkan dengan kehadiran YDP PAS kawasan telok kemang, YBHG Ramli Ismail dan YB Taufik Abd Ghani, Adun Paroi.

 kedua dua pimpinan besar itu memberi kata-kata semangat kepada semua jemaah agar terus bekerja keras dan fokus terhadap gerak kerja dalam memperkenalkan parti islam ini kepada masyarakat. beliau YB Taufik juga menyatakan bahawa beliau dan pasukan nya di Paroi sedia memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana untuk mentadbir pusat khidmat dan menyelaras gerak kerja dalam memantapkan parti dan dacs arc itu sendiri insyaallah..

program diteruskan dengan semua petugas dan sukarelawan dihidangkan dengan makan tengahari dan sup tulang dan daging yang dibuat khas oleh Pak Kassim selaku veteran Pas kawasan Telok Kemang yang juga empunya restoran di batu 9 telok kemang. rata-rata petugas menjamu selera dengan penuh kesyukuran kerana usaha mereka selama ini untuk memartabatkan MTD itu sendiri telah menampakkan hasilnya dan usaha untuk memantapkan pusat khidmat rakyat itu akan diteruskan dengan perlaksanaan program-program yang berterusan demi rakyat...
akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan kerana hadir membantu menyegerakan matlamat untuk menaiktaraf MTD kepada pusat khidmat rakyat sekaligus ianya dapat dimanfaatkan oleh ahli untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat teluk kemang khususnya...
TAKBIR!!!!

No comments:

Post a Comment