Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Sunday, August 29, 2010

BANTUAN KERUSI RODA ...

ibu kepada anak OKU yang bakal menerima bantuan kerusi roda buat anak kesayangan nya

sdra azizi dari SEKRETERIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT TELOK KEMANG sdg mendokong anak OKU ketika program jejak fakir pada PRK bagan Pinang yang lepas
Untuk makluman, Adun PD Bandar Yb Ravi Munusamy bersama DACS ARC TELOK KEMANG akan mengadakan satu majlis penyerahan kerusi roda buat salah seorang anak OKU  yang tinggal di Kg Bagan Pinang. Sebelum ini iaitu pada PRK Bagan Pinang yang lepas, SEKRETERIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT TELOK KEMANG juga ada mengadakan program jejak fakir di tempat yg sama dan berjumpa dengan keluarga berkenaan. Keluarga tersebut menyatakan bahawa UMNO ketika itu menyatakan hasrat untuk membantu mendapatkan kerusi roda buat anak OKU tersebut, malangnya sehingga kunjungan kami ketika memberi bantuan rakyat miskin semalam, keluarga tersebut masih belum mendapat bantuan seperti yang dijanjikan.
maka atas inisiatif ADUN YB Ravi & DACS ARC Telok Kemang untuk menyerahkan bantuan kerusi roda kepada keluarga tersebut menampakkan sinar bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga tersebut selama ini. Sesuai dengan tema Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu Ke Arah Negara Berkebajikan, maka DACRS ARC Telok Kemang menyeru kepada para sahabat-sahabat dan jemaah-jemaah untuk bersama dalam majlis tersebut  pada:


HARI      :       Rabu
TARIKH :       1 Sept 2010
MASA    :        03.00 Petang
TEMPAT:        Kg Bagan Pinang
INFO      :        Imam Eja ( 010-3428260 )

DACS ARC TELOK KEMANG
Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Program bantuan rakyat miskin dan agihan bubur pulut hitam & bubur lambuk kepada rakyat port dickson...

keseluruhan penggerak dan petugas bagi program anjuran DACS ARC TELOK KEMANG mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan selamat hari raya eidulfitri

Pengerusi DACS ARC mmbacakan doa tutup majlis bagi memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana mmberi keizinan program ini berjalan dgn baik dan lancar..alhamdulillah...

YDP pun dapat???

Pengerusi DACS ARC memberi sedikit saguhati berupa bubur lambok dan bubur pulut hitam sebagai bekal cenderahati

begitu meriah!!! lebih 20 petugas yang datang membantu bagi melicinkan perjalanan program

bangsa cina turut diberi bubur lambok sebagai tanda penghargaan

anggota polis yang sedang bertugas turut diraikan

Nasir DACS ARC bertugas sebagai tarffic guide dan jurufoto

En Jamal selaku penyelaras bagi DACS ARC Telok Kemang

"terima kasih bang, takbir!!!" kata remaja itu

tanpa berlengah YDP Tuan Hj Ramli terus menjalankan tugas bagi mengedarkan bubur kepada orang ramai

ketibaan YDP PAS Kawasan Telok Kemang memberi semangat kepada kami bagi memeriahkan majlis

masing-masing bergembira kerana dapat berkhidmat untuk rakyat telok kemang. ketawa besar nampak En Kimon..

Sdra pengerusi juga bertugas

selesai sahaja program bantuan keperluan asas, DACS ARC terus menuju ke pekan PD di hadapan pasaraya BILLION untuk mengedarkan bubur pulut hitam dan bubur lambok kepada orang ramai yg melalui di kawasan itu

salah seorang penduduk bagan pinang yang susah hidupnya serta mmpunyai seorang anak OKU. beliau tidak boleh bekerja dan suami bergaji kecil. YB Ravi berjanji utk mmberi kerusi roda buat anaknya insyaallah

pengerusi DACS ARC bersama anak-anak buahnya

Add caption

YB Ravi sdg berpeluk mesra dgn rakyatnya

Sdra pengerusi sedang mengagihkan bantuan bersama YB Ravi

muslimat sdg berpeluk salam dgn salah seorang penerima bantuan. Kasih sayang sesama umat mengatasi segalanya

sebahagian yang mengambil gambar sebelum masuk ke dlm kampung untuk agih bantuan. Barisan DACS ARC sdg memperagakan baju rasmi DACS ARC TELOK KEMANG

pengerusi DACS ARC bergambar bersama ADUN PD BANDAR YB RAVI dan EN ABU KASSIM selaku org lama PAS kawasan telok kemang

rizal DACS ARC antara ptugas dari awal hingga akhir program

lebih 400 bubur lambok dan bubur pulut hitam yang dapat disediakan

muslimat juga membantu dalam merelisasikan program ibadah ini bersama DACS ARC TELOK KEMANG

sebahagian daripada barangan keperluan asas yg akan diedarkan kpd rakyat miskin di t.kemang
BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM.....
Slm...
alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah! syukur ke hadrat illahi kerana dgn limpah kurnianya dapat lah DACS ARC TELOK KEMANG menjalankan kewajipan sebagai hambanya untuk berkongsi sedikit nikmat yg diberi bersama mereka-mereka yang memerlukan. penat dan lelah dalam menjalankan program ini langsung tidak terasa dek kerana semua pihak datang membantu diantaranya MUSLIMAT, UNIT AMAL, ADUN PD BANDAR dan petugasnya serta WAKIL PARLIMEN TELOK KEMANG serta sumbangan yang diberi bagi menjayakan program ini.
dalam program ini banyak pengajaran dan pelajaran yang kami peroleh bagi memantapkan diri kami bagi meneruskan kerja-kerja politik dakwah ini berterusan dan mencapai matlamatnya pada masa-masa akan datang insyaallah.Selepas ini kami berharap dapat bersama dengan DACS ARC di kawasan-kawasan yg lain bagi meneruskan agenda yang telah dan akan dirancang....

bagi sesiapa yang ingin bersama dengan DACS ARC TELOK KEMANG atau selainnya boleh hubungi SDRA SAUFI ( setiausaha DACS ARC TELOK KEMANG) di talian 013-6777507 @ email (soofey5500@gmail.com)..

DACS ARC TELOK KEMANG
Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Wednesday, August 25, 2010

DACS ARC menganjurkan pertandingan bola sepak piala YDP terbuka port dickson...

YDP Kawasan tersenyum riang setelah melihat kejayaan program ini untuk rakyat Telok Kemang

YDP PAS KAWASAN T.KEMANG yang hadir bagi merasmikan penutup program pertandingan pada hari tersebut

hadiah cabutan bertuah disampaikan oleh KP

ramai masyarakat india yang hadir untuk mmberi sokongan dalam program ini

apalah yang diborakkan tu? YB RAVI bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan T.Kemang
KP turut main ( yang sdg bercekak pinggang )

saufi ditugaskan untuk melayan wartawan dari harakah sdra faiz

YB RAVI ADUN PD BANDAR bergambar bersama pasukan yg memulakan perlawanan pada hari pertandingan

imam eja penyelaras DACS ARC TELOK KEMANG bersama pasukan tajaannya
kaum india yang turut menyertai program anjuran DACS ARC TELOK KEMANG

sahabat-sahabat DPPNS yang hadir bagi membantu perjalanan program
sebahagian dari hadiah-hadiah yang ditawarkan selain dari hadiah wang tunai

assalamualaikum WBT...
untuk sekian kalinya program tahunan bola sepak piala YDP berlangsung dengan gemilangnya di kawasan Padang Awam taman PD utama, Port Dickson. sambutan amat menggalakkan dari berbagai-bagai golongan baik dari golongan muda ataupun yang berumur. Promosi dan gerak kerja yang hebat dari seluruh jawatankuasa program mendapat respon yang sangat-sangat positif dari kalangan rakyat Parlimen Telok Kemang kerana mereka percaya bahawa pendekatan sebegini boleh mendekatkan lagi jurang antara penggiat politik dakwah ini dengan rakyat marhein.
Perubahan sikap dan minda anak muda sering diiringi dengan perubahan zaman dan kitaran hidup yang berterusan bagi menjamin hala tuju negara dan pentadbirannya. maka DACS ARC TELOK KEMANG menyatakan dengan sesungguhnya bahawa ia tidak akan terhenti setakat ini kerana selepas ini kami akan berlari dan terus berlari bagi mencapai matlamat dan hasrat parti dalam merealisasikan generasi-generasi islam yang lebih berkualiti dan bermatlamat.
rancangan telah disusun dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan. hanya iringan doa dari semua rakyat dan pimpinan agar kami DACS ARC TELOK KEMANG akan terus berjuang dan istiqamah dalam perjuangan politik dakwah ini, insyaallah.....

DACS ARC TELOK KEMANG
Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

DACS Telok Kemang membantu jawatankuasa Sukan PASTI Kawasan Telok Kemang...


kelihatan anak-anak didikan PASTI begitu gembira bersukan bersama rakan-rakan mereka
hafiz sarjono DACS ARC sdg membantu petugas-petugas menguruskan acara
Ridwan DACS ARC ditugaskan menjaga lalu lintas bagi penjaga-penjaga mudah meletakkan parking
Imam Eja selaku penyelaras DACS ARC TELOK KEMANG sedang menyambut tetamu di pintu luar sekolah kg gelam, port dickson
time makan mesti mau makan, jika tidak maka tiada bertenagalah anak-anak PASTI ini
bakal melahirkan generasi-generasi pemimpin islam yang terbaik