Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Sunday, August 29, 2010

BANTUAN KERUSI RODA ...

ibu kepada anak OKU yang bakal menerima bantuan kerusi roda buat anak kesayangan nya

sdra azizi dari SEKRETERIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT TELOK KEMANG sdg mendokong anak OKU ketika program jejak fakir pada PRK bagan Pinang yang lepas
Untuk makluman, Adun PD Bandar Yb Ravi Munusamy bersama DACS ARC TELOK KEMANG akan mengadakan satu majlis penyerahan kerusi roda buat salah seorang anak OKU  yang tinggal di Kg Bagan Pinang. Sebelum ini iaitu pada PRK Bagan Pinang yang lepas, SEKRETERIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT TELOK KEMANG juga ada mengadakan program jejak fakir di tempat yg sama dan berjumpa dengan keluarga berkenaan. Keluarga tersebut menyatakan bahawa UMNO ketika itu menyatakan hasrat untuk membantu mendapatkan kerusi roda buat anak OKU tersebut, malangnya sehingga kunjungan kami ketika memberi bantuan rakyat miskin semalam, keluarga tersebut masih belum mendapat bantuan seperti yang dijanjikan.
maka atas inisiatif ADUN YB Ravi & DACS ARC Telok Kemang untuk menyerahkan bantuan kerusi roda kepada keluarga tersebut menampakkan sinar bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga tersebut selama ini. Sesuai dengan tema Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu Ke Arah Negara Berkebajikan, maka DACRS ARC Telok Kemang menyeru kepada para sahabat-sahabat dan jemaah-jemaah untuk bersama dalam majlis tersebut  pada:


HARI      :       Rabu
TARIKH :       1 Sept 2010
MASA    :        03.00 Petang
TEMPAT:        Kg Bagan Pinang
INFO      :        Imam Eja ( 010-3428260 )

DACS ARC TELOK KEMANG
Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

No comments:

Post a Comment