Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Wednesday, August 25, 2010

DACS ARC menganjurkan pertandingan bola sepak piala YDP terbuka port dickson...

YDP Kawasan tersenyum riang setelah melihat kejayaan program ini untuk rakyat Telok Kemang

YDP PAS KAWASAN T.KEMANG yang hadir bagi merasmikan penutup program pertandingan pada hari tersebut

hadiah cabutan bertuah disampaikan oleh KP

ramai masyarakat india yang hadir untuk mmberi sokongan dalam program ini

apalah yang diborakkan tu? YB RAVI bersama Ketua Pemuda PAS Kawasan T.Kemang
KP turut main ( yang sdg bercekak pinggang )

saufi ditugaskan untuk melayan wartawan dari harakah sdra faiz

YB RAVI ADUN PD BANDAR bergambar bersama pasukan yg memulakan perlawanan pada hari pertandingan

imam eja penyelaras DACS ARC TELOK KEMANG bersama pasukan tajaannya
kaum india yang turut menyertai program anjuran DACS ARC TELOK KEMANG

sahabat-sahabat DPPNS yang hadir bagi membantu perjalanan program
sebahagian dari hadiah-hadiah yang ditawarkan selain dari hadiah wang tunai

assalamualaikum WBT...
untuk sekian kalinya program tahunan bola sepak piala YDP berlangsung dengan gemilangnya di kawasan Padang Awam taman PD utama, Port Dickson. sambutan amat menggalakkan dari berbagai-bagai golongan baik dari golongan muda ataupun yang berumur. Promosi dan gerak kerja yang hebat dari seluruh jawatankuasa program mendapat respon yang sangat-sangat positif dari kalangan rakyat Parlimen Telok Kemang kerana mereka percaya bahawa pendekatan sebegini boleh mendekatkan lagi jurang antara penggiat politik dakwah ini dengan rakyat marhein.
Perubahan sikap dan minda anak muda sering diiringi dengan perubahan zaman dan kitaran hidup yang berterusan bagi menjamin hala tuju negara dan pentadbirannya. maka DACS ARC TELOK KEMANG menyatakan dengan sesungguhnya bahawa ia tidak akan terhenti setakat ini kerana selepas ini kami akan berlari dan terus berlari bagi mencapai matlamat dan hasrat parti dalam merealisasikan generasi-generasi islam yang lebih berkualiti dan bermatlamat.
rancangan telah disusun dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan. hanya iringan doa dari semua rakyat dan pimpinan agar kami DACS ARC TELOK KEMANG akan terus berjuang dan istiqamah dalam perjuangan politik dakwah ini, insyaallah.....

DACS ARC TELOK KEMANG
Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

No comments:

Post a Comment