Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Sunday, September 26, 2010

"JOM PEKENE SUP" & gotong royong baiki MTD telok kemang memberi azam baru..

























  BISMILLAHHIROHMANNIRROHIM....
syukur alhamdulillah kerana sekali lagi dgn keizinan darinya dapat lah dacs arc telok kemang melancarkan program anjurannya iaitu " JOM PEKENE SUP" & gotong royong membersih / baiki MTD telok kemang. seperti yang dirancang dalam mesyuarat yang lepas bahawa MTD ini akan dinaik taraf kepada pusat khidmat rakyat parlimen telok kemang. jadi segalanya akan diuruskan oleh PAS Kawasan telok Kemang dgn kerjasama Ahli Parlimen Telok Kemang dalam menggerakkan pusat khidmat rakyat ini untuk kebaikkan masyarakat sekaligus memudahkan rakyat dalam proses mereka untuk mengadu masaalah dan sebagainya. dacs arc mengambil tanggungjawab dalam memudahkan segala urusan khidmat rakyat apabila pusat khidmat rakyat ini disiapkan kelak insyaallah... gotong royong yg bermula jam 0800 pagi semalam sehingga jam 0300 petang itu dihadiri seramai lebih 30 petugas PAS kawasan seluruh port dickson. penyelaras program yang juga pengerusi dacs arc telok kemang, sdra Noor Aiza Baharudin menyatakan kegembiraan kerana melihat sambutan dan sokongan ahli-ahli dan sahabat-sahabat yang datang untuk bersama dalam merealisasikan hasrat dan matlamat parti dalam membentuk jemaah yang produktif dan sensitif hal-hal yang berkaitan dengan khidmat kepada rakyat dan masyarakat. program turut dimeriahkan dengan kehadiran YDP PAS kawasan telok kemang, YBHG Ramli Ismail dan YB Taufik Abd Ghani, Adun Paroi.

 kedua dua pimpinan besar itu memberi kata-kata semangat kepada semua jemaah agar terus bekerja keras dan fokus terhadap gerak kerja dalam memperkenalkan parti islam ini kepada masyarakat. beliau YB Taufik juga menyatakan bahawa beliau dan pasukan nya di Paroi sedia memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana untuk mentadbir pusat khidmat dan menyelaras gerak kerja dalam memantapkan parti dan dacs arc itu sendiri insyaallah..

program diteruskan dengan semua petugas dan sukarelawan dihidangkan dengan makan tengahari dan sup tulang dan daging yang dibuat khas oleh Pak Kassim selaku veteran Pas kawasan Telok Kemang yang juga empunya restoran di batu 9 telok kemang. rata-rata petugas menjamu selera dengan penuh kesyukuran kerana usaha mereka selama ini untuk memartabatkan MTD itu sendiri telah menampakkan hasilnya dan usaha untuk memantapkan pusat khidmat rakyat itu akan diteruskan dengan perlaksanaan program-program yang berterusan demi rakyat...
akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan kerana hadir membantu menyegerakan matlamat untuk menaiktaraf MTD kepada pusat khidmat rakyat sekaligus ianya dapat dimanfaatkan oleh ahli untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat teluk kemang khususnya...
TAKBIR!!!!

Sunday, September 5, 2010

dacs arc Telok kemang & Parlimen Telok Kemang beramal bersama rakyat Tanjung Agas Port Dickson...

sesi bergambar di hadapan rumah bersama semua petugas...TAKBIR!!!

pengerusi dacs arc Telok Kemang melahirkan kegembiraan yang teramat sangat setelah berjaya memberi bantuan dan khidmat masyarakat kepada penduduk kampung dan menjayakan program KASIHI UMMAH ini...

rumah Pak Bakar ditampal dgn logo dacs arc menandakan bahawa rumah ini telah dibaiki oleh dacs arc Telok Kemang. macam cerita jalan2 cari makan la...

rupa sebenar rumah Pak Bakar setelah dibaiki antaranya dinding yang telah dicat luar dan dalam,sebahagian  papan dinding yang telah diganti baru, sebahagian zink yg juga diganti baru serta tiang2 dan pinti serta rail tanggan yg telah dicat semula...

SU PAS Kawasan Tuan Hj Fakhrulrazi turut menyampaikan sumbangan...

ketibaan YDP PAS KAwasan Tuan Hj Ramli memeriahkan lagi program pada hari ini...

Pak Bakar telah menerima bantuan barangan keperluan asas untuk beberapa bulan dan dapur gas baru bagi menggantikan dapur gas nya yang telah rosak dari dacs arc dan YDP...

MUSLIMAT antara penggerak yang sering peka dengan masaalah rakyat...

salah seorang penduduk kampung yang kurang upaya melahirkan kesyukuran dan terima kasih kerana Pakatan Rakyat tidak pernah melupakan rakyat Tanjung agas walaupun kawasan ini Pakatan Rakyat kalah ketika pilihanraya yang lepas...

Dato Kamarul juga menyumbang barangan keperluan asas kepada penduduk kampung...

pengerusi dacs arc sdg menagihkan bantuan kepada rakyat miskin di sana...

sambil sahabat2 yg lain sdg membaiki rumah, satu kumpulan lain bersama ahli parlimen, YDP Kawasan, Pengerusi dacs arc, SU Kawasan pergi menghantar barangan keperluan asas dan beras kepada penduduk2 miskin di kampung sungai raya, dan tanjung agas...

Ahli Parlimen Dato Kamarul sdg berbual mesra dgn keluarga Pak Bakar....

ketibaan isteri kepada Ahli Parlimen Telok Kemang, Datin Faridah untuk melawat Pak Bakar sekeluarga dan menghulurkan Sumbangan..

Sdra Jamal CEO merangkap Penasihat dacs arc Telok kemang bersama mengecat di bahagian hadapan rumah...

Pengerusi dacs arc Telok Kemang sdra Aiza dan gang Unit Amal di bahagian belakang rumah..

En Kimon dan beberapa org sahabat sedang mengambil bahagian dalam kerja cat mengecat..

anak bongsu Pak Bakar sdg berganbar di hadapan rumahnya

MUSLIMAT Kawasan Telok Kemang berjumpa dengan tuan rumah untuk bertanya khabar dan beramah mesra...

SU PAS Kawasan Telok Kemang, Tuan Hj Fakhrulrazi turut menyumbang tenaga bagi program amal ini..

wartawan dari Sinar Harian turut dtg untuk membuat liputan bagi program KASIHI UMMAH anjuran dacs arc Telok Kemang

banner yg di pasang membuatkan ramai penduduk kampung datang untuk memberi sokongan kepada kami kerana mereka telah lama tdk dipedulikan oleh Ketua Kampung dan ADUN dari BN

semua petugas memulakan program gotong royong di rumah Pak Bakar tanjung agas...



BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM.....
ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!
syukur ke hadrat illahi kerana dgn keizinannya sekali lagi dacs arc Telok Kemang bersama Ahli Parlimen Telok Kemang telah berjaya berbakti kepada rakyat di kampung tanjung agas sempena di bulan Ramadhan yg mulia ini. ramai pihak yang terlibat bagi menjayakan program KASIHI UMMAH ini termasuk beberapa penduduk kampung yang turut perihatin dengan keluarga Pak Bakar. Mereka menyatakan penghargaan dan tahniah kerana selama ini mereka hanya diperlukan ketika Pilihanraya tiba sahaja dan selepas itu mereka terus diabaikan sehingga menunggu pilihanraya yang akan datang oleh ADUN BN di kawasan itu...
Pakatan Rakyat khususnya dacs arc Telok Kemang menyatakan dengan sesungguhnya bahawa program KASIHI UMMAH ini adalah bedasarkan tanggungjawab dan keikhlasan kami dalam konsep kemanusiaan yang mana tidak kira warna kulit atau bangsa harus dibantu ketika mereka mengalami kesulitan dan kesusahan...
semoga usaha kami ini diberkati Allah SWT dan akn menjadi pemangkin kepada seluruh penduduk agar terus bersama kami dalam program2 sebegini dan politik dakwah seperti ini harus diteruskan dan dipanjangkan sehingga bila2 insyaallah...

TAKBIR!!!!