Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Wednesday, September 1, 2010

ADUN PD BANDAR YB RAVI BERSAMA dacs arc TELOK KEMANG DALAM PROGRAM BANTUAN KERUSI RODA & KEPERLUAN ASAS.....

sesi bergambar. anak OKU tersebut kelihatan ceria setelah mendapat kerusi roda baru bagi kemudahannya untuk bergerak..

YB Ravi turut mengangkat anak OKU tersebut bagi merasai bagaimana beban yang harus ditanggung oleh kedua ibu bapanya

imam aiza mengangkat anak yang akan diberi bantuan kerusi roda tersebut

Imam aiza sdg mengangkat kerusi roda untuk diserahkan kepada penerima bantuan

ketibaan Yb Ravi dan YDP PAS Kawasan Telok Kemang di rumah penerima bantuan kerusi roda

pengerusi dacs arc Telok Kemang, imam aiza sdg menghulurkan bantuan kepada salah seorang penduduk yang layak menerima bantuan

BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM....
alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah!
syukur ke hadrat illahi kerana dgn keizinannya dapat juga kami dacs arc Telok Kemang dan YB Ravi menyelesaikan program bantuan keperluan asas untuk rakyat miskin dan pemberian kerusi roda untuk orang kurang upaya @ OKU di Kg Bagan Pinang tadi. Program yg turut disertai YDP PAS Kawasan Telok Kemang, Tuan Hj Ramli dan beberapa pimpinan Muslimat yang diketuai kakak Basariah serta beberapa golongan korporat yang datang untuk bersama manjayakan program amal ini.
sudah menjadi disiplin dan kewajipan bagi kami dalam Pakatan Rakyat iaitu mendahulukan rakyat dalam segala hal kerana keyakinan kami bahawa rakyat adalah tunjang dan akar kepada pembangunan dan keamanan negara. Seperti yang diperkatakan pada sebelumnya, bahawa keluarga ini pernah dijanjikan oleh pimpinan BN dan UMNO untuk membantu mereka keluar dari kesempitan hidup tetapi malangnya setelah kemenangan BN tercapai pada PRK baru-baru ini, belum ada satu pun bantuan yang tiba buat mereka. Inilah yang amat dikesalkan oleh mereka sehinggalah kami dari Pakatan Rakyat hadir dan menawarkan sedikit bantuan. walaupun bantuan yang diberi tidak seberapa tetapi cukup melegakan buat keluarga ini dalam menghadapi persiapan hari raya yang menjelang tiba nanti.
Insyaallah, program sebegini tetap akan diteruskan sampai bila-bila kerana soal amal dan bantu membantu ini tidak terhad hanya untuk persiapan menghadapi pilihanraya sahaja. doa dari semua kami pohonkan  agar kami dari dacs arc Telok Kemang terus tabah dan istiqamah dalm perjuangan suci ini,wallahuazim...

No comments:

Post a Comment