Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Friday, March 16, 2012

12 JAMINAN PAS

BISMILLAH,,,,
1) MALAYSIA BARU YANG MENGANGKAT MARTABAT KAUM MELAYU DAN ISLAM

2) MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU, KEPENTINGAN BANGSA MELAYU & BUMIPUTERA

3) ISTIQAMAH DALAM MENGHAYATI ISLAM CARA HIDUP, SESUAI DENGAN KERANGKA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4) MEMASTIKAN PEMBANGUNAN BANGSA MELAYU MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH

5) MENGUTAMAKAN PERJUANGAN MEMBELA RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH

6) MEMPERTAHAN KAN KONSEP KETUANAN RAKYAT YANG BERPAKSIKAN KEADILAN

7) MEMPERJUANGKAN DASAR-DASAR ALTERNATIF YANG BERASASKAN SIAPA YANG LEBIH BERKEPERLUAN SESUAI DENGAN KEADILAN ISLAM

8) MENAMPILKAN KEPIMPINAN MELAYU YANG BERSIH DI SEMUA PERINGKAT

9) MEMPERTAHANKAN TANAH-TANAH REZAB MELAYU, TANAH-TANAH ADAT, KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI DAN PENEMPATAN YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN MELAYU DAN BUMIPUTERA

10) MEMPERTAHANKAN WARISAN MELAYU SEBAGAI KHAZANAH PENTING KEPADA GENERASI AKAN DATANG SELAGI TIDAK MELANGGAR SYARIAT

11) MEMPERTAHANKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT, MADRASAH DAN SEKOLAH PONDOK DISAMPING TIDAK MENOLAK KEPENTINGAN ELEMEN INTEGRASI NASIONAL  DITERAPKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN 

12) BERUSAHA MEMASAKKAN JATIDIRI BERTERASKAN ISLAM DIKALANGAN GENERASI MUDA MELAYU SELAKU WARIS KEPIMPINAN

Sunday, March 4, 2012

Hari Ceramah Pelancaran ABU (asalkan bukan umno)

 kelihatan sukaimi , habib dan fahry sedang menyiapkan backdrop di belakang khemah
 sdra kimun, abang yusof turut sama membantu membuat persiapan lain
 sdra amar husaini dari tampin dipertanggungjawabkan untuk mengurus PA sistem di sepanjang
 program ceramah
 fahry bergambar dengan penyokong Pakatan Rakyat dari kaum cina dan india. hebat,,!
 sebahagian unit amal yang bergambar ini diketuai oleh ketua unit amal teluk kemang sendiri iaitu sdra habib
 bergambar bersama semua petugas termasuk dengan veteran PAS teluk kemang, sdra Pak Kassim
 ketibaan YB Taufek sambil diiringi ketua unit amal teluk kemang
 disusuli ketibaan YDP PAS Kawasan Teluk Kemang, Tuan Hj Ramli yang diiringi oleh 
Ketua Pemuda PAS Teluk Kemang
 YB Ravi selaku penceramah ketiga telah memaklumkan tidak dapat hadir kerana terpaksa bergegas kerana ada urusan kecemasan keluarganya dan menggantikan sdra Roslee Abd selaku Timbalan Ketua Cabang PKR teluk Kemang menggantikan tempatnya. beliau sedang berbual dengan sdra Nasir PAS Chuah dan YDP PAS Kawasan

 barisan penceramah sedang duduk di kerusi yang disediakan
 ketua pemuda Pas memulakan program ceramah ABU
 disusuli sdra Roslee Abd mewakili YB Ravi
 Ustaz Khairil Anuar Wafa selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan turut hadir berceramah
 sdra nasir yang mewakili kelompok pekerja-pekerja kilang sedang meluahkan segala permasaalah yang berlaku dalam sektor berkenaaan yang melibatkan hak mereka selaku pekerja kilang
 kehadiran ramai rakyat dalam ceramah kali ini amat memberi tamparan yang sangat hebat kepada UMNO Teluk Kemang kerana setelah sekian lama mereka merasakan mereka tidak boleh diganggu gugat, kini Pakatan Rakyat khususnya Pas Teluk Kemang telah bersiap sedia bertempur dengan mereka dalam pilhanraya kali ini insyallah
 sdra Pak Kassim pula mewakili kelompok peniaga-peniaga sedang meluahkan masaalah yang sedang berlaku berkaitan dengan peniaga-peniaga
 Pesuruh Jaya PAS Negeri Sembilan YB Taufek sangat keras dengan isu fakta malam tadi

 tiba lah masanya penceramah utama sdra Chegubad memulakan aksi ceramahnya dengan menceritakan perihal hipokrasi kerajaan bn khususnya umno


4 Mac, Ahad, telah berlangsung ceramah umum Pelancaran ABU (asalkan bukan umno ) peringkat teluk kemang di perkarangan tanah lapang kawasan PASTI At-Taqwa. Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Kemang ini telah berjaya menarik hampir 400 orang yang berada disekeliling kawasan luar dan dalam tapak ceramah. kehadiran ini sangat-sangat menggerunkan UMNO dan BN teluk kemang dek kerana mereka juga dalam masa yang sama telah mengadakan satu program Rumah Tebuka Tahun Baru Cina yang dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri iaitu YB Ismail Taib di kawasan Bandar sunggala tetapi kurang sambutan. ini adalah kerana mereka mengadakan program tertentu bukan kerana ikhlas untuk memeberi kebaikkan kepada rakyat, tetapi hanya semata mata untuk melihat segala rancangan Pakatan Rakyat menyebarkan maklumat kepada rakyat direncatkan.

begitulah sikap umno yang sering berpura pura dalam segala hal agar mereka dilihat sebagai juara rakyat sedangkan mereka telah memerintah negara ini hampir 60 tahun tetapi rakyat Malaysia tetap hidup dalam keadaan susah dan perit dalam meneruskan kehidupan. Malah kelompok pemimpin-pemimpin mereka dari atas hingga ke bawah hanya memikirkan kekayaan dan bagaimana untuk generate duit bagi memenuhkan nafsu tembolok keluarga mereka. ini sudah jelas berlaku dimana mana sahaja dan kerana itulah Pakatan Rakyat khususnya  Pas Kawasan Teluk Kemang telah lama beriltizam untuk terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir bagi menguburkan umno barisan nasional ini.

insyallah, sedikit masa lagi Pemuda PAS Kawasan teluk Kemang akan menganjurkan satu lagi program untuk rakyat teluk Kemang bagi meneruskan kesinambungan matlamat kami iaitu mewujudkan negara berkebajikan insyalllah..
takbir,,! takbir,,! Takbir,,!

Jemputan Ke Pelancaran Bilik Gerakkan PKR DUN Chuah








4 Mac, Ahad, PKR Cabang Teluk Kemang telah berjaya menubuhkan bilik gerakkan Pilihanraya di Kawasan Tanah Merah, Chuah. Program itu dihadiri ramai rakyat yang berbangsa cina dan india kerana tanah merah adalah kawasan estet-estet dan ladang-ladang getah. 

walaupun dalam majlis itu berlaku sedikit kekecohan dek kerana ada beberapa pemuda MIC yang mabok  telah membuat provokasi untuk menganggu majlis tersebut, namun rakyat tanah merah semakin ramai pula yang memenuhi ruang-ruang dalam khemah yang disediakan penganjur. hampir semua pemimpin utama PKR Negeri Sembilan hadir bersama beberapa NGO  serta wakil dari PAS Kawasan Teluk Kemang diwakili YDP PAS Kawasan, Tuan Hj Ramli dan Ketua Pemuda PAS Kawasan, Sdra Noor Aiza Baharudin. 

Alhamdulillah program itu berjaya menaikkan semangat rakyat Tanah Merah untuk terus berjuang bersama dengan Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kerajaan BN yang sdah terlalu lama berkuasa dan dilihat semakin zalim dan rakus merompak harta negara. Insyallah, PAS Kawasan Teluk Kemang juga dalam rangka menubuhkan lebih banyak lagi cawangan di kawasan-kawasan yang dilihat sangat strategik untuk dimenangi dalam pilihanraya akan datang.

Sukaneka PASTI At-Taqwa Teluk Kemang



tanggal 3 mac, Pemuda PAS Teluk Kemang telah hadir membantu pengurusan PASTI At-Taqwa bagi menguruskan program sukaneka anak-anak PASTI. Alhamdulilllah, program berjalan lancar dan sempurna.

Task Force Pemuda Buat Persiapan Ceramah Umum Pelancaran ABU (asalkan Bukan Umno)


 Sdra Sukaimi Timbalan Ketua Pemuda PAS Teluk Kemang yang turut bertahan sehingga jam 2 pagi memasang bendera untuk ceramah umum Pelancaran ABU Teluk Kemang

 Ketua Pemuda Pas juga turut bersama bertahan sehingga 2 pagi

Mesyuarat Sekreteriat Pemuda Pakatan Rakyat Teluk Kemang kali ke-5



tanggal 3 mac 2012, Sabtu, telah diadakan mesyuarat Sekreteriat Pemuda Pakatan Rakyat kali ke-5 di Restoran Kayu Manis , Lukut. ketiga tiga wakil pemuda dari ketiga tiga parti iaitu dari PAS, PKR & DAP telah hadir bagi membincangkan beberapa perkara yang penting berkaitan dengan gerak kerja parti dan pilihanraya umum yang akan menjelang sedikit masa lagi.

Shanmugam (Naib Ketua AMK) dan Saufi (setiausaha AMK) mewakili Parti Keadilan Rakyat, Noor Aiza (ketua pemuda PAS), sukaimi (T.Ketua Pemuda PAS), Tengku ( Setiausaha Pemuda PAS), Habib (Ketua Unit Amal Teluk Kemang), Yong (Ketua DAPSY), Jimmy Hiew (Setiausaha DAPSY) adalah yang telah nekad untuk meneruskan kesepakatan diantara ketiga tiga parti bagi menguatkan pengaruh Pakatan Rakyat di peringkat Teluk Kemang insyallah..

Takbir,,! Takbir,,! Takbir,,!


Friday, March 2, 2012

Pemuda Ke Rembau Kg Batu Cari Buluh

 satu ikat ado 12 batang. bang yusof ngah sebona eh buleh pikul sensorang jo. tapi sey sian nengok eh..
bang yusof ngah dan KP teluk kemang (sdra Noor Aiza) bergambar di surau kg orang asli di kampung batu sesudah solat asar.
bersiap untuk pulang ke teluk kemang kembali.

semalam DPPTK telah ke rembau untuk mendapatkan lagi tambahan buloh bendera bagi persediaan awal menghadapi PRU dan program-program yang akan datang. sejumlah 500 batang telah dipenuhkan dalam lori salah seorang saf jemaah yang sudi menginfaqkannye bagi memudahkan urusan mengangkut buloh dari teluk kemang ke rembau dan ke teluk kemang kembali. semoga DPPTK terus berlari dalam mengejar kemenangan yang telah dijanjikan Allah SWT dan diperkuatkan semangat perjuangan dan iman, insyallah...aminn