Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Sunday, March 4, 2012

Hari Ceramah Pelancaran ABU (asalkan bukan umno)

 kelihatan sukaimi , habib dan fahry sedang menyiapkan backdrop di belakang khemah
 sdra kimun, abang yusof turut sama membantu membuat persiapan lain
 sdra amar husaini dari tampin dipertanggungjawabkan untuk mengurus PA sistem di sepanjang
 program ceramah
 fahry bergambar dengan penyokong Pakatan Rakyat dari kaum cina dan india. hebat,,!
 sebahagian unit amal yang bergambar ini diketuai oleh ketua unit amal teluk kemang sendiri iaitu sdra habib
 bergambar bersama semua petugas termasuk dengan veteran PAS teluk kemang, sdra Pak Kassim
 ketibaan YB Taufek sambil diiringi ketua unit amal teluk kemang
 disusuli ketibaan YDP PAS Kawasan Teluk Kemang, Tuan Hj Ramli yang diiringi oleh 
Ketua Pemuda PAS Teluk Kemang
 YB Ravi selaku penceramah ketiga telah memaklumkan tidak dapat hadir kerana terpaksa bergegas kerana ada urusan kecemasan keluarganya dan menggantikan sdra Roslee Abd selaku Timbalan Ketua Cabang PKR teluk Kemang menggantikan tempatnya. beliau sedang berbual dengan sdra Nasir PAS Chuah dan YDP PAS Kawasan

 barisan penceramah sedang duduk di kerusi yang disediakan
 ketua pemuda Pas memulakan program ceramah ABU
 disusuli sdra Roslee Abd mewakili YB Ravi
 Ustaz Khairil Anuar Wafa selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan turut hadir berceramah
 sdra nasir yang mewakili kelompok pekerja-pekerja kilang sedang meluahkan segala permasaalah yang berlaku dalam sektor berkenaaan yang melibatkan hak mereka selaku pekerja kilang
 kehadiran ramai rakyat dalam ceramah kali ini amat memberi tamparan yang sangat hebat kepada UMNO Teluk Kemang kerana setelah sekian lama mereka merasakan mereka tidak boleh diganggu gugat, kini Pakatan Rakyat khususnya Pas Teluk Kemang telah bersiap sedia bertempur dengan mereka dalam pilhanraya kali ini insyallah
 sdra Pak Kassim pula mewakili kelompok peniaga-peniaga sedang meluahkan masaalah yang sedang berlaku berkaitan dengan peniaga-peniaga
 Pesuruh Jaya PAS Negeri Sembilan YB Taufek sangat keras dengan isu fakta malam tadi

 tiba lah masanya penceramah utama sdra Chegubad memulakan aksi ceramahnya dengan menceritakan perihal hipokrasi kerajaan bn khususnya umno


4 Mac, Ahad, telah berlangsung ceramah umum Pelancaran ABU (asalkan bukan umno ) peringkat teluk kemang di perkarangan tanah lapang kawasan PASTI At-Taqwa. Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Kemang ini telah berjaya menarik hampir 400 orang yang berada disekeliling kawasan luar dan dalam tapak ceramah. kehadiran ini sangat-sangat menggerunkan UMNO dan BN teluk kemang dek kerana mereka juga dalam masa yang sama telah mengadakan satu program Rumah Tebuka Tahun Baru Cina yang dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri iaitu YB Ismail Taib di kawasan Bandar sunggala tetapi kurang sambutan. ini adalah kerana mereka mengadakan program tertentu bukan kerana ikhlas untuk memeberi kebaikkan kepada rakyat, tetapi hanya semata mata untuk melihat segala rancangan Pakatan Rakyat menyebarkan maklumat kepada rakyat direncatkan.

begitulah sikap umno yang sering berpura pura dalam segala hal agar mereka dilihat sebagai juara rakyat sedangkan mereka telah memerintah negara ini hampir 60 tahun tetapi rakyat Malaysia tetap hidup dalam keadaan susah dan perit dalam meneruskan kehidupan. Malah kelompok pemimpin-pemimpin mereka dari atas hingga ke bawah hanya memikirkan kekayaan dan bagaimana untuk generate duit bagi memenuhkan nafsu tembolok keluarga mereka. ini sudah jelas berlaku dimana mana sahaja dan kerana itulah Pakatan Rakyat khususnya  Pas Kawasan Teluk Kemang telah lama beriltizam untuk terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir bagi menguburkan umno barisan nasional ini.

insyallah, sedikit masa lagi Pemuda PAS Kawasan teluk Kemang akan menganjurkan satu lagi program untuk rakyat teluk Kemang bagi meneruskan kesinambungan matlamat kami iaitu mewujudkan negara berkebajikan insyalllah..
takbir,,! takbir,,! Takbir,,!

No comments:

Post a Comment