Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Sunday, March 4, 2012

Jemputan Ke Pelancaran Bilik Gerakkan PKR DUN Chuah








4 Mac, Ahad, PKR Cabang Teluk Kemang telah berjaya menubuhkan bilik gerakkan Pilihanraya di Kawasan Tanah Merah, Chuah. Program itu dihadiri ramai rakyat yang berbangsa cina dan india kerana tanah merah adalah kawasan estet-estet dan ladang-ladang getah. 

walaupun dalam majlis itu berlaku sedikit kekecohan dek kerana ada beberapa pemuda MIC yang mabok  telah membuat provokasi untuk menganggu majlis tersebut, namun rakyat tanah merah semakin ramai pula yang memenuhi ruang-ruang dalam khemah yang disediakan penganjur. hampir semua pemimpin utama PKR Negeri Sembilan hadir bersama beberapa NGO  serta wakil dari PAS Kawasan Teluk Kemang diwakili YDP PAS Kawasan, Tuan Hj Ramli dan Ketua Pemuda PAS Kawasan, Sdra Noor Aiza Baharudin. 

Alhamdulillah program itu berjaya menaikkan semangat rakyat Tanah Merah untuk terus berjuang bersama dengan Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kerajaan BN yang sdah terlalu lama berkuasa dan dilihat semakin zalim dan rakus merompak harta negara. Insyallah, PAS Kawasan Teluk Kemang juga dalam rangka menubuhkan lebih banyak lagi cawangan di kawasan-kawasan yang dilihat sangat strategik untuk dimenangi dalam pilihanraya akan datang.

No comments:

Post a Comment