Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Wednesday, February 29, 2012


Bismillahhirrohmanirrohim...
setelah merancang selama beberapa minggu, Dewan Pemuda PAS Teluk Kemang akhirnya akan mengadakan sebuah ceramah sensasi kala ini yang berkaitan dengan penolakkan rakyat terhadap UMNO yg kini semakin tidak relevan dan tidak sesuai dijadikan sebagai contoh kerajaan yang baik dan diberkati Allah SWT.

tanggal 4 mac nanti, Pemuda PAS Teluk Kemang bersama teman-teman Sekreteriat Pemuda Pakatan Rakyat akan pastikan bahawa rakyat teluk kemang akan diberi penerangan yang sewajarnya dan sekhususnya tentang perkembangan keadaan masaaalah politik dan ekonomi negara kita dalam ceramah itu nanti, insyallah. Penceramah Utama kita yang tidak asing lagi iaitu Sdra Che'gubard dan Yang Berhormat Taufek Abd Ghani serta Yang Berhormat Ravi Munusamy adalah sosok tubuh yang tidak lagi perlu diperkenalkan secara mendalam dek kerana penglibatan mereka sejak dahulu selaku aktivis masyarakat dan pejuang parti masing-masing dalam proses membela rakyat dalam negeri sembilan ini.

sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Teluk Kemang telah nekad bersama dengan rakan komponen Pakatan Rakyat untuk bersungguh sungguh mempertahankan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN yang telah dimenangi dalam pRU yang lepas sambil  berusaha untuk merampas  kerusi DUN linggi & DUN bagan pinang yang telah dimenangi oleh BN. Selepas ini berbagai bagai lagi program berbentuk kebajikan dan masyarakat akan menerpa seluruh penduduk Parlimen Teluk Kemang bagi membuktikan kesungguhan dan keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat yang begitu serius untuk membebaskan mereka rakyat merdeka dari kezaliman, merdeka dari desakkan hidup, dan merdeka dari politik sempit dan hutan oleh kerajaan umno BN. Insyallah, permulaan program ceramah ini akan terus menjadi pemangkin buat kami pejuang-pejuang muda di Teluk Kemang untuk terus berbakti kepada rakyat seterusnya menjadi pemerintah di negeri sembilan dan kerajaan pusat bagi merealisasikan hasrat parti untuk menjadikan negara malaysia ini sebagai sebuah negara berkebajikan, insyallah..amin.
TAKBIR,,! TAKBIR,,! TAKBIR,,!

No comments:

Post a Comment