sdra Shan selaku Timbalan Ketua AMK telok kemang mendahului edaran risalah kepada pengunjung pasar besar port dickson
sdra sukaimi Timbalan Ketua Pemuda PAS telok kemang juga bersama dalam program ini
kawasan tingkat 2 pasar besar port dickson. diatasnya banyak kedai makan dan manifesto dieadarkan kepada semua termasuk peniaga
beberapa petugas menunggu dihadapan pintu masuk pasar untuk menyerahkan edraan risalah kepada pengunjung yang baru hadir
bergambar dihadapan bangunan BN Pd Bandar..seteru Pakatan Rakya
Sdra Noor Aiza selaku Ketua Pemuda Pas Telok Kemang terus melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan rakyat mendapat dan memahami segala isi kandungan dalam manifesto PR negeri sembilan
menyantuni rakyat semua bangsa
sdra Sukaimi sedang bergambar dengan warga emas yang berada di kawasan pekan PD
ketua AMK negeri Sembilan juga bersama petugas mengedarkan risalah
barisan Task Force Anak Bagan berjalan menuju ke destinasi seterusnya. pasaraya TF
sdra nazeri, habib & nasir dari PAS cawangan Chuah berbual mesra dengan pengunjung pasaraya TF.
Port Dickson, 7 Feb 2012, Sekreteriat Pemuda PR Telok Kemang telah menganjurkan program edar risalah Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di pasar besar Port Dickson dan kawasan sekitar Pekan Port Dickson. Program yang bermula pada jam 9 pagi itu telah dihadiri lebih 15 orang petugas dari semua parti Pakatan Rakyat Telok Kemang. Memandangkan hari ini adalah cuti umum Thaipusam, maka Sekreteriat mengambil kesempatan untuk mengedarkan kepada rakyat parlimen telok kemang MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN untuk dibaca dan difahami serta disebarkan kepada rakyat seluruhnya.
alhamdulillah, kerana respon yang diperolehi sangat memberangsangkan apabila rata-rata rakyat setelah membaca intipati manifesto menyatakan bersedia untuk buat perubahan di Negeri Sembilan. ternyata manifesto yang dirangka sangat menyenangkan hati rakyat khususnya rakyat Parlimen Telok Kemang. diharapkan selepas ini, manifesto PR Negeri Sembilan akan terus disebarkan kepada seluruh rakyat negeri sembilan agar mereka-mereka yang berada di kawasan pendalaman boleh mendapat maklumat ini dan bersedia memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah Negeri Sembilan dengan adil dan saksama, insyallah...
sekali Task force Anak Bagan, mewakili Pemuda PAS Telok Kemang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan dalam sekreteriat yang hadir bagi menjayakan program mulia ini dan diharapkan agar ianya berterusan sehingga bila-bila insyallah,..
wassalam,,,
No comments:
Post a Comment