Setiap derak di kaki,

setiap detik dijantung,

setiap nafas yang dihembus,

setiap apa jua kerja yang dilakukan,

Bismillahi tawakkaltu ALlallah..

Wednesday, February 15, 2012

Pemuda PAS Telok Kemang cantas buloh bikin bendera...

ketua pemuda PAS teluk kemang petugas terawal yg masuk ke dalam semak utk cantas buloh
kelihatan digambar SU pemuda kawasan, cikgu TG, bendahari pemuda, sdra nazeri, & pengerusi MTD sdra fakhrul razi
orang lama pun turun padang
kira buluh tu...


waktu rehat, pemuda disediakan minuman tambah tenaga serta roti sebelum meneruskan kerja


11 FEB 2012, SABTU, program mencari buloh bendera pemuda PAS kawasan telok kemang bermula seawal jam 9 pagi. seramai 13 orang petugas hadir bagi bersama berganding bahu, bersenseng lengan untuk mencari buluh bendera bagi persiapan menghadapi ceramah umum pada 4 mac dan persiapan pilihanraya umum ke 13 nanti.

ADUN PD Bandar YB Ravi turut menaja kenderaan lori bagi memudahkan urusan pengangkutan bendera untuk dibawa ke destinasi yg ditetapkan. Kesepakatan dalam Pakatan Rakyat itu menjadi keutamaan bagi semua petugas bagi memudahkan segala urusan perkhidmatan kepada rakyat telok kemang khususnya.

program berakhir sekitar jam 2 petang selepas waktu zohor memandangkan setiap petugas punya aktiviti-aktiviti lain. jumlah buluh yang diperolehi adalah sebanyak 400 batang dan ia akan dihantar ke salah sebuah rumah petugas bagi memudahkan proses pemasangan bendera ke setiap buluh-buluh.

sekali lagi tahniah kepada pemuda PAS telok Kemang kerana mengorak langkah awal bagi persiapan menghadapi pilihanraya dan gerak kerja ygang mendatang, insyallah...
takbir,,!

No comments:

Post a Comment